26/08/2014

PROGRAM KLINIK UPSR FASA 2 2014

Pada 16 dan 17 Ogos 2014 Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) telah bekerjasama dengan Berita Harian untuk menganjurkan Klinik Upsr Fasa 2 yang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Politeknik Sultan Azlan Shah dan disertai hampir 16 sekolah. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tips kepada pelajar mengenai peperiksaan upsr. Ia merupakan pendekatan terbaik dalam memotivasikan minda murid untuk terus gigih berusaha supaya cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini sesuai untuk melahirkan murid cemerlang dan sentiasa mempunyai keinginan untuk berjaya. Perjalanan program ini disusun begitu baik oleh pihak  PSAS (JMSK) dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian.   Ia  adalah sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada murid  yang menyertainya sebagai melengkapkan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai calon yang akan menduduki UPSR, mereka hendaklah menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin dan memperbaiki kelemahan diri seperti didedahkan penceramah pada program berkenaan. Seperti yang kita tahu, bermula dengan UPSR seseorang murid itu dapat membuat perancangan untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan. Sementara itu, peserta dilihat  berasa seronok dan gembira kerana berpeluang mengikuti program dua hari selain bersaing dengan rakan dari sekolah lain ketika menjawab soalan. Kebanyakan mereka berasa lebih yakin selepas mengikuti program itu. Program ini juga dapat  meningkatkan semangat peserta untuk terus gigih membuat ulang kaji selepas mendapat bimbingan daripada penceramah, selain bermotivasi untuk terus maju.Selain itu, ribuan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Klinik Upsr Fasa 2 ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 
 


Harapan kami agar semua murid mendapat 5 A. InsyaAllah.....
5 A Target Kami
Kenangan yang tidak akan dilupakan
Penyampaian cenderahati kepada wakil Berita Harian
Pengarah program Pn. Noormala menyampaikan cenderahati kepada penceramah
Sesi pendaftaran








No comments:

Post a Comment