Jalur Gemilang yang
sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia
merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Angka 57 membawa
maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang
kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan
yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang
dikecapi secara berterusan.
Angka 57 yang
diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan
negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan
negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan
panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.
Kibaran Jalur
Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara
yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan
hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang
etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik
dan bertoleransi.
Bulan sabit dan
bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap
pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
Tema
"MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut
bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi
imbangan, maksud dan nilai estetika.
WARNA
MERAH
Lambang keberanian
dan kesetiaan kepada negara yang tercinta
WARNA
BIRU
Lambang penyatuan dan
keharmonian antara kaum
WARNA
KUNING
Lambang kedaulatan
negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
WARNA
PUTIH
Menjadi lambang
kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.
No comments:
Post a Comment