28/08/2014

Klip Video Lagu Kemerdekaan ke-57
Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-57 2014

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.
Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
Tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang            prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara                   pemimpin dan rakyat.

26/08/2014

PROGRAM KLINIK UPSR FASA 2 2014

Pada 16 dan 17 Ogos 2014 Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) telah bekerjasama dengan Berita Harian untuk menganjurkan Klinik Upsr Fasa 2 yang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Politeknik Sultan Azlan Shah dan disertai hampir 16 sekolah. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tips kepada pelajar mengenai peperiksaan upsr. Ia merupakan pendekatan terbaik dalam memotivasikan minda murid untuk terus gigih berusaha supaya cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini sesuai untuk melahirkan murid cemerlang dan sentiasa mempunyai keinginan untuk berjaya. Perjalanan program ini disusun begitu baik oleh pihak  PSAS (JMSK) dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian.   Ia  adalah sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada murid  yang menyertainya sebagai melengkapkan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai calon yang akan menduduki UPSR, mereka hendaklah menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin dan memperbaiki kelemahan diri seperti didedahkan penceramah pada program berkenaan. Seperti yang kita tahu, bermula dengan UPSR seseorang murid itu dapat membuat perancangan untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan. Sementara itu, peserta dilihat  berasa seronok dan gembira kerana berpeluang mengikuti program dua hari selain bersaing dengan rakan dari sekolah lain ketika menjawab soalan. Kebanyakan mereka berasa lebih yakin selepas mengikuti program itu. Program ini juga dapat  meningkatkan semangat peserta untuk terus gigih membuat ulang kaji selepas mendapat bimbingan daripada penceramah, selain bermotivasi untuk terus maju.Selain itu, ribuan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Klinik Upsr Fasa 2 ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 
 


Harapan kami agar semua murid mendapat 5 A. InsyaAllah.....
5 A Target Kami
Kenangan yang tidak akan dilupakan
Penyampaian cenderahati kepada wakil Berita Harian
Pengarah program Pn. Noormala menyampaikan cenderahati kepada penceramah
Sesi pendaftaran








25/08/2014

KURSUS KOMPUTER


SUBJEK YANG DITAWARKAN

MATHEMATICS & ENGINEERING MATHEMATICS
  • BA 101 ENGINEERING MATHEMATICS 1
  • BA 201 ENGINEERING MATHEMATICS 2
  • BA 301 ENGINEERING MATHEMATICS 3
  • BA 501 ENGINEERING MATHEMATICS 4
  • BA 601 ENGINEERING MATHEMATICS 5
  • BA 103 MATHEMATICS
  • BA 104 ADVANCED ENGINEERING MATHEMATICS
 SCIENCE
  • BB 101 ENGINEERING SCIENCE
 COMPUTER
  • BC 101 COMPUTER APPLICATION
  • BC 301 VISUAL PROGRAMMING

PENGENALAN


PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan akademik sokongan terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran modul-modul berkaitan Matematik, Pengkomputeran dan juga Sains Kejuruteraan. 

JMSK dianggotai seramai 32 orang pensyarah yang terdiri daripada pelbagai bidang akademik seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat dan juga Sains Komputer. Mereka kemudiannya dibantu oleh 4 orang pembantu makmal dalam menguruskan hal-hal berkaitan penggunaan dan pengurusan makmal . 

Dari segi infrastruktur , JMSK bertanggungjawab menguruskan makmal-makmal pengkomputeran dan juga makmal – makmal sains supaya boleh digunapakai oleh pensyarah dan juga pelajar daripada semua jabatan induk. Penggunaan makmal pengkomputeran dan juga makmal sains adalah mengikut jadual waktu yang telah dirancang.


MISI

Menyokong misi politeknik dalam usaha melahirkan insan kamil yang cemerlang dan berketrampilan dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan sebagai pemangkin kearah pembangunan dan kemajuan negara.

VISI

Menjadikan ilmu matematik, sains dan komputer sebagai teras kegemilangan dan kecemerlangan politeknik.

OBJEKTIF

Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta kejuruteraan.
Membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan teori-teori yang telah dipelajari sebagai aspek praktikal dan sebaliknya.
Memupuk sifat bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.